Sabtu, 17 Mei 2008

Bab 7 : Problem

sory lame x tulis blog.. sejak kebelakangan ini aku sering bs menulis assigment untuk keje final aku.

aku nak sangat maintain poniter CGPA 3.61
mcm semester lepas..
aku xnak hampakan mak bapak aku
penat2 dorang anta aku blaja aku kat melaka
aku nak dapat msk dalam DEAN list
so skrg aku ade satu prob
member aku dak poly merlimau mintak tlg
dia nak tau pendapat aku
dia da pts ngan pakwe dia
ex pakwe dia tu maen2kan kawan aku nie
tapi mamat tu still nak kawan ngan member aku nie...
mcm mane ak nak nasihatkan member ak ni eh??
leh x mintak pendapat konang tentang hal nie...

Ahad, 4 Mei 2008

Bab 6 : JIwa kosong~~

pagi ahad sungguh indah
tak dapat digambarkan dengan kata2.
pagi ahad jugalah pagi yang paling besh
final projek da siap...
beshnyer.. da lame plan nak relaks2
tapi aku teringat lak keje yang pasal detailing tingkap n bumbung
opss... lusa da nak kene anta...
alamak..mcm mane nie..
malangnye nasib aku nie...
aku pon buka mp3 kat hp aku..
1.kelibat korupsi - one buck short
2. kelam - sixth sense
3. kembali - butterfinggers

sambil dgr mp3 aku siapkan keje aku...
arap2 malam ni dpt siapkan.. amin
memang jiwa kosong betul aku mlm nie.. mgadap pen teknikal,
t square
side square
stensile
treasing paper
detailing building of law
arrr...

=(

Sabtu, 26 April 2008

Bab 5 : Tension>......~~~~

pagi aku lalui seperti biasa, mengadapp laptop untuk settelkan assigment,
pukul 10, aku pegi belikan makanan untuk adik aku, dia demam, leh ar
suh aku belikan makanan,

sebenarnye aku berasa sunyi, xtau kenape, aku nak kekalkan hidup aku mcm ni
xnak menyusahkan parent aku.

ari ni aku rase tension sgt..
ape lagi, aku capai kunci motor, aku hidupkan enjin moto and memecut meninggalkan umah.
aku ke bandar , saje2 je. nak tgk gelagat manusia, tetapi apabila aku melihat couple2 ngah dating,
aku pon berasa jels, ntahla.. nape lah nasib aku mc ni... aku teringin sangat nak bhagia msm owang len... =(

Khamis, 24 April 2008

Bab 3 : Kebosanan dalam hidup

Assalamualaikum kepada pembaca blog aku ni... kehidupan aku macam biasa, balik dari kelas petang tadi dalam kul 5 ptg, bila aku sampai rumah sewa, aku pon mandi n solat asar, lepas solat lak aku masak magie , coz xda duit, nak jimat2, nak upgrade moto, hehehe..
tapi kn mak aku xsuke sangat aku abiskan duit kat moto, dia cakap membazir,

ntahla, mungkin betul kot ape yang mak aku cakap, pada kul 8.10 mlm mak aku kol aku, dia cakap nak p kl ngan bapak aku, nak anta kereta mak usu aku, mungkin dorang nak jalan2 sekali.
aduh..dahla aku kene jaga adik aku, benci betul ar... malas betul. dahla nakal, tapi xpe, yang penting dia tetap adik aku . bile aku balik umah jap ptang tadi , aku nampak ade piala, dalam hati aku " sapelah pulak punye piala nie, nak cakap adik aku , dia bukan aktif sukan pon, " aku pon mencapai piala tu, aku lihat piala tu adalah piala pusingan kawad kaki , wow, sek adik aku dapat no pertama,, terkejut aku..

yang paling wat aku shock sgt, sekolah yang suatu ketika dulu juara kawat kaki berturut-turut akhirnya kecundang jua, ape lagi kalo bukan SEKOLAH SULTAN ABU BAKAR ...
dapat no 12 lagi tu, fuh.....

mcm mane dorang nak cover malu eh.... hampehnye....

em ok lah.. hari pon dah malam.esok ade kelas kul 9.00
kene bangun awal, kul 6.30
nak kene basuh baju,,..

bile aku surf lagi aku update ar blog aku ni.. k..

~~waSsAlaM~~

Rabu, 23 April 2008

Bab 2 : Mulakan hari dengan ceria

Assalamualaikum. hari ni aku rasa ceria. aku pon tak tau nape... mungkin semalam aku telah meluakan perasaan aku ke internet kot... sekarang, pukul 10.20 pagi, hari khamis. aku berada di dalam library untuk mencari bahan assigment. Modul pembangunan diri ... Organisasi
aku kene cari tentang crta organisasi Uitm dan visi ,misi dan lain-lain. member-member aku yang lain telah keluar coz diorang tu perokok. nasib baik aku tak isap rokok.. aku hairan ar.. kenape orang suke isap rokok eh?
mungkin kalo mereka isap rokok merekan leh tenangkan perasaan kot.. assigment ni kene anta 2.5.2008

aku nak anta awal,nanti dapat markah bonus , tapi kawan2 aku cakap aku ni berlagak,? berlagak?
aku pon tak tau.
aku just cakap jer yang aku leh wat tugasan ni sorang2. tapi dornag tuduh aku berlagak pulak. aduh.. pempuan2...

tapi takpe, mungkin dorang ingat aku cakap besar je kot. em oklah aku nak log out... nak masuk kelas lukisan .
nak wat final projek, esok kene anta, jika ada tersalah taip atau tersalah kata, maapkan aku k.

kalo aku online, mungkin aku akan posting lagi k.. wassalam~~~



tempat : perpustakaan kolej
tarikh : 23.4.2008
jam : 10:30 pagi

Yang menulis,

Arief.....

Bab 1 : Band hujan kene maki kat Gig JB

Sape lagi yang tak kenal band HUJAN yang ngah top sekarang. Dorang akan membuat road tour ke United Kindom akan datang . tapi kan.. Aku tengok video dorang time nyanyi lagi Pagi yang gelap kat City Square kat bandaraya JB. Dorang kene tunjuk "fu*k" and kene maki lagi? Apakah semua ini? ADakah kerana mereka dibenci kerana mereka sudah terkenal atau peminat muzik indie berangapan mereka telah bertukar ke aliran mainstream? fikir-fikirkan lah ...
aku ade upload videonya.. tapi jangan sebab aku letak video ni korang band aku anti hujan lak.. aku minat band ni... just heran, sebab tu aku kasi tau same korang..

hayati video ini..

Hari yang malang

Hari ini adalah hari yang paling boring dalam hidup aku. Pagi-pagi lagi motor aku dah buat masalah. Kenelah aku setting "mainjet" balik.
Apabila kat kolej pula, lecturer aku marah-marah coz member2 aku buat bising.

Dorang macam tak dengar jer lecurer aku tu tegur.

Dengan aku sekali kene marah. Aduh rasa macam kene sekolah balik. Ashik-ashik kene marah. Tensionnye. Bila balik rumah sewa lak aku mengadap laptop aku, wat assigment sains yang kene hantar esok. Dahla aku kene marah, pastu wat assigment laptop wat hal lak. Habis .... hancur... nak tak nak kene wat balik .. Aduh. peningnye kepale ni..

tapi takpe.mungkin semester depat aku mungkin dapat mengatasi masalah tension aku ini..siapa tahu.. Untuk pengetahuan korang, next semseter aku dah kene latihan industri kat JABATAN KERJA RAYA muar, bahagian bangunan. Abislah aku , mesti ayah aku suruh aku wat banyak keje. Member-member aku cakap untung bapak aku keje sane. Pada aku apenye yang untung.. kene wat banyak keje adelah. kelas hari ini abis awal coz petang ada kokurikulum... aku berpakat ngan member-member aku, ale dan kabong wat tugasan untuk final projek.Ari jumaat kene anta...

Bila aku balik dari kolej dalam kul 5, aku lihat member aku semua telah tiada. mungkin dorang cari tempat LI kot.. Next week dah kene confirmkan.. sekarang kul 8.53 mlm.aku online kat petronas merlimau melaka coz ada wifi free.. oklah.. da nak ujan ni... jumpa lagi pada hari esok.. Wassalam

~My BlOg~My OwN~My LiFe

Nama aku Muhammad Syarifudin Bin Mazlan. Lahir pada 10 jun 1989. Aku adalah seorang yang simple,suka musik terutama musik indie and rock. Aku mudah tension bila aku ada masalah. cara untuk mengatasi tension aku ialah mengadap komputer n surf. bermain game counter strike juga satu hiburan bagi aku. dengan bermain game ini, aku boleh membunuh seberapa ramai orang yang aku suka. Aku juga gemar merayau. Contohnya baru-baru ini aku telah pergi ke kuantan pahang. Aku puas setelah menjelajahi sesuatu tempat. Kenderaan bukan satu halangan bagi aku. Motor LC yang telah ku jelajahi ke utara. Mungkin pantai timur akan aku jelajahi apabila aku cuti semester nanti. Aku seorang yang pendiam, tetapi bila aku marah, aku akan mendiamkan diri aku tanpa berbuat apa-apa. walaupun aku aktid dalam aktiviti kaunseling yang dianjurkan di kolej, aku gagal memotivasikan diri aku sendiri.Aku telah dua kali gagal bercinta dan nekad tidak akan bercinta lagi. tetapi allah maha besar, aku membatalkan niat aku itu. Aku akan belajar bersunguh-sunguh sehingga aku mendapat pekerjaan tetap dan baru aku mencari jodoh aku. Tetapi jika jodoh aku sampai awal apa salahnya. Inilah kali pertaa aku menulis blog, selama ini aku hanya menmbaca blog orang lain. tidak terlintas pon untuk membuat blog sendiri, setelah emndapat nasihat dari kaunselor kolej aku, aku telah membuat blog ini. Dia mencadangkan kepada aku kerana aku sering gagal meluahkan perasaan aku kepada kawan-kawan sekolej ataupon sahabat baik aku sendiri. sebenarnya bila aku pergi kursus pemimpin rakan siswa, kaunselor dai UITM berkata jika kita tidak meluahkan perasaan yang terpendam dalam hati, masalah kita akan menjadisemakin teruk.Selamat membaca BLOG aku yang merupakan Diari utama aku sepanjang umurku uang meningkat ke 19 tahun. Wassalam~~~