Ahad, 19 Disember 2010

Bab 27 : Aku masih menunggu???

Jika dulu aku selalu dengan dia.. tetapi dia telah hilang
aku ingin dengannya.. tetapi itu semua hanyalah
khayalan semata-mata..
Kenangan dahulu hanya tinggal dalam ingatan yang
akan hilang... Tidak semua manusia sempurna. Aku tahu siapa diriku ini...
Jika kau telah memilih dia, aku hanya boleh doakan
kebahagiaan kau..
Perasaan tak boleh dipaksa-paksa..

walaupun kau akan buzz aku di FB ketika aku online, aku tetap
layan kau macam dahulu. tiada berubah
cuma perasaan sayu menyelubungi diriku.
esok jika aku tidak melihat matahari terbit, aku
doakan kau bahagia hingga ke jinjang pelamin.
Amin... ='(

Jumaat, 17 Disember 2010

Bab 26 : Antara gambar-gambar yang telah ku ambil sepanjang cuti bersama keluarga

Assalamualaikum W.b.t
Di sini aku nak berkongsi gambar-gambar yang telah aku ambil ketika bercuti di
perak dan Pahang
=)
Photobucket
Di cameron highland.

Photobucket
Lata Kinjang, Perak

Photobucket
"lonely wathing nature"
cameron highland

Photobucket
Menara condong, Telok Intan
Perak

Photobucket
Menara teluk Intan In HDR

BAB 25 : Puasa 2012..Adakah Dunia Akan Kiamat Kesudahannya..Apakah pandangan anda???




Ingin dikonsi...

Cuba kira... 1Ramadan
> pada tahun 2012
> jatuh pada 20 july hari
> jumaat,jadi 3 ogos
> 2012bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari
> jumaat.Sama dengan hadis
> nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah
> malam pertengahan
> bulan ramadan iaitu hari
> jumaat 15 ramadan

> dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang
> sedang tidur, pasai satu
> suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat
> langit,bukan kiamat tapi huru
> hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka
> bumi ini sebanyak
> 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok
> bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi
> ni)Adakah
> kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja
> maha mengetahui..
> ......... ..cuba kita
> tengok hadis nabi kat bawah ni dan
> kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat
> home page bawah ni
> untuk maklumat lanjut...
>
>
>
> Nu'aim bin Hammad
> meriwayatkan dengan sanadnya
> bahwa Rasulullah saw. bersabda:
>
> Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan
> terjadi huru-hara di
> bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara
> apakah, ya
> Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di
> pertengahan bulan
> Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras
> yang membangunkan orang
> tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para
> gadis keluar dari
> pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya
> banyak gempa. Jika kalian
> telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at,
> masuklah kalian ke dalam
> rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah
> lubang-lubangnya, dan
> selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika
> kalian merasakan
> adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada
> Allah dan
> ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus,
> Rabb kami
> Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu
> akan selamat, tetapi
> barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan
> binasa".


Rabu, 24 November 2010

Bab 24 : Pangkor Island, Daerah Manjung



Lumut waterfront

Kalau nak ke pulau pangkor ny xda ar susah sangat, banyak feri ke pulau
setiap 30 minit, feri terakhir berlepas dalam pukul 7,so ada masa nak berjalan2 keliling pulau
Tiket pergi dan balik adalah rm10
time pegi je tunju tiket , kalo time nak balik ke lumut,
xpayah tunjuk tiket.

Pantai Bogak

Photobucket
dalam feri

Photobucket
pangkalan tentera laut
TLDM lumut

Photobucket
feri ke pulau pangkor

Photobucket
setibanya di pulau pangkor, boleh pilih untuk menyewa van atau kereta
van + driver = rm80
kereta = rm70
motosikal = rm 20
rate kereta dan moto adalah sehari semalam.hehehe

minyak petrol kat atas pulau ada
rm2/liter

Photobucket
bot nelayan




Bab 23 : Lumut, Perak

Perjalanan dari Ipoh ke Lumut mengambil masa dalam 45minit,
jalan 2 lorong, so tak da ar sesak sangat. jalan selesa.. macam AMJ highway di Melaka
nak pegi ke lumut xda ar susah, cari sign board tulis PANGKOR atau Uitm Seri Iskandar
mesti akan jumpa jalan ke lumut.

Photobucket
setibanya di Lumut, Perak

Photobucket
hotel galaxy
1 malam rm 80 je.. siap Wifi..
berhadapan dengan bank BSN

Photobucket
suasana bandar lumut

Photobucket
belakang da mengadap laut


Photobucket
Minyak Myvi full tank sampai ke lumut
Muar - Tol Jasin - Tol Simpang Pulai - Ipoh - Lumut



Bab 22 : Nasi Vanggey Ipoh Style~


DAh pukul 10 pagi.. setelah dah lama merayau2 di pasar karat,
cari makan bermula.. dari pasar karat untuk ke
tempat nasi vanggey yg terkenal di ipoh tak dalah jauh.. dalam 3 minit
bergantung pada keadaan trafik =)
kedai ny menghidangkan sejenis makanan yang dinamakan
nasi kandar ayam merah @ nasi Vanggey

Kedai ny terletak betul2 selepas bulatan istana menghala bandar ipoh,
cari je nama Jalan Yang Kalsom, mesti jumpa kedai ny

kedai ny kedai chinese tetapi disewakan kepada mamak untuk jual
nasi kandar, tuan kedai hidang air, mamak jual makanan..hu3
tiap2 kali lunch hour pasti ramai akan beratur di luar kedai..
time aku pegi tuh pagi2.. ..
tak ramai sangat.. kedai agak lengang..

Photobucket
Nasi Vanggey Ipoh~!!

Photobucket
Selesai makan.

aku tambah nasi sampai 4 kali.. fuh memang sedap tak terkata..
tapi harga sepinggan
Nasi + Ayam merah + Sayur Bendi + Kuah Kari best + Timun +telur Masin
= Rm 5..
pada aku harga tuh berpatutan.. =)


BAB 21 : Hari pertama di perak

Pagi ahad yang indah, itu yang boleh aku gambarkan...
cuaca amat baik, boleh aku dengan family aku berjalan2 di sekitar bandar ipoh

Photobucket
pandangan dari bilik hotel

Photobucket
agak terang

Photobucket
bilik hotel ku di hotel fairmont

Photobucket
tombol lift agak antik ala2 80an

misi pertama = bersarapan..
aku ingat nak bersarapan di warung mee yang dihidangkan ala2
chinese style.. ad mee kari, mee kicap , mee sop..
dan segala2 jenis sup ada jual kat sane

but aku telah tesilap jalan.. dan berubah rancangan
ke pasar karat ipoh dulu..hehehe

pasar karat boleh dikatakan syurga bagi penggemar barangan antik
dari botol2 lama cap coke sehingga motor antik ada kat sini
kan bandar ipoh Oldies sikit.. =)

Photobucket

Photobucket

Photobucket

hasil2 dicandid oleh aku.hu3

LOkasi seterusnya... makan tengahari = NAsi Vangey Di Ipoh


Bab 20 : Percutian tahun 2010 @ Perak




Assalamualaikum , malam ny aku nak cerita kisah a
ku berjalan-jalan@ JJCM
macam tuh ar di sebuah negeri yang diberi nama NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
aku bergerak ke Ipoh dalam pukul 5
petang,
Aku masuk ke tol Jasin sebab malas masuk tol Tangkak...


perjalanan ke sana

Aku sampai Ipoh dalam pukul 10 malam, da mamai mate.. aku cari hotel di sekitar bandar
ipoh, but x cari pon, gune GPS je.. ada nama hotel dan call aje rate untuk malam tuh

malam tuh aku tido di FAIRMONT HOTEL,
hotel ny agak oldschool sikit, dalam 80an pnye hotel..
tapi bilik dia superb... siap ada tub mandi..
rate dia 2 double bed = rm 88

berbaloi2 =)

aku lapar lak lepas check in hotel tuh. ingin cari makan sat...
berpusing2 di MEDAN GOPENG, ada 1 barisan FOOD COURT
macam menarik, aku cube ar makan kat sane... tgk nasi ayam n char kuew tiaw je ada
aku minum air tembikai ajelah...
tapi agak mahal jugak harga dia.. total dlm rm21
mcm mahal
Char kuew tiaw x 2
nasi ayam x 1
teh o suam x1
air buah x 2...

total = rm21....

hurm..... telan sajalah..hahaha


Jumaat, 19 November 2010

Bab 19 :WONG FEI HONG @ FAISAL HUSSEIN WONG




Sekadar untuk berkongsi cerita dari blog
sejarahnegarakedah.blogspot.com

Dicatat oleh
DRS. KHALIL IDHAM LIM

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film "Once Upon A Time in China".Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.

Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).

(Harus di ingat gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu,ie, kumpulan Hai San di Perak).

Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan(Harimau)Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas.

Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.

Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).

Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun),pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.

Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangankosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.

Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejamdi Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton .

Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan
juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun
dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah
kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

(Tidak menghairankan sekiranya Manchu sebagai maharaja terakhir China di gambarkan sesegitu rupa bagi menghalalkan kerajaan komunis sediaada di China).

Khamis, 18 November 2010

Bab 18 : Futsal yang menyihatkan





Tiap-tiap malam jumaat aku akan ke galaxy d' futsal di Jalan Joned, Muar untuk
mengeluarkan peluh2 yang tersimpan.hahahaha..
ramai jugak ar geng2 ROM yang main semalam.. dekat 40minit non stop main
baru aku keluar tukar player.. betul-betul endurance..
boleh masuk IRON MAN x>hahahaha


BAB 17 : AGak keletihan juga hari ni....

Hari ni puas 1 bandar aku menapak dan menangkap gambar
hasilnya pada aku ok ar jugak..agak kepenatan sungguh
tapi aku ok ajew..hehehe

inilah antara hasil2 nya aku nak promote street shoot CT di muar, Johor
=)

Photobucket
Shell Jalan Arab

Photobucket
Pembaiki Kasut area wetex Parade

Photobucket
Skaters di Laman Maharani

Rabu, 17 November 2010

Bab 16 : Persiapan untuk 'street shoot'

Assalamualakum WBT. 18 November aku akan shoot street muar seorang diri kot.. em xtau lagi sape yang akan join aku ny.. maybe geng2 yang dah bercuti semester kot..
aku akan bersenjatakan Sony A300 + Lens 18-70/ konica minolta 50mm f1.7
Nikon D70 + Lens Akan dibincangkan...hahahaha
CF card 4GB & 8GB
Flash gun jika perlu...

here's i come~!!

Photobucket
Penjana tenaga diwaktu tengahari di muar
MEE BANDUNG~!!

Photobucket
memori kad...hu3

Photobucket
kamera kesayanganku brand TV

Photobucket
Lens ku..

Photobucket
Esok aku akan merayau2 di sekitar bandar ini~~~



=)

Selasa, 16 November 2010

Bab 15 : Pagi Hari Raya

Pagi raya, Aku bangun dari tidur, terus selsema, aduh.. demam ke??? terpaksa ar telan panadol 2 biji dan bersiap ke masjid.. nasib baik da ok sikit.. tapi x lalu lak nak makan masakan raye.. dah la lapar.. tapi xlalu makan..T_T........ Petang ni ape projek eh... xpe2.. fikir2kan ar wahai syarifuddin~!!!

Photobucket
aku nak pelbagai koleksi ubat .hahahaha

Photobucket
aku makan ni agak FAst jugak ar bertindak.hu3

Photobucket
keadaan aku skrg..help help >_<

BAB 14 : Terbaca mengenai budaya Clubbing masyarakat tinggal di Kota-kota besar

Aku telintas untuk tulis blog pasal perkara ini sebab aku terbaca dalam blog ini http://amenoworld.blogspot.com/2010/11/menarik-malam-ini-gambar-bogel-yang.html .. Yang menghairankan aku, kenapa yang seseorang yang mempunyai Binti atau Bin di dalam kad pengenalan mereka sanggup menganjurkan event sebegitu rupa.. agaknya betul orang cakap, semakin dunia maju, manusia makin mundur, tidak memikirkan keburukan, hanya mengikut budaya barat yang haprak~!. Pada masa aku belajar dulu, tak pernah terlintas dalam kepale otak aku ni nak masuk Club2 ny.. mungkin pada aku, mereka yang pergi ke sana ingin melepaskan tekanan belajar.. tapi kalau nak difikirkan balik, boleh ke tenangkan fikiran>?? dengan mendengar muzik2 bingit di dalam club, dah ar masuk kene bayar.. Nilainya aku x pasti..

Arak dan Air Kencing Setan.. Ini aku lagi heran, maybe sape yang minum tuh nak tunjukkan diri dia sudah hebat,. dengan membuat salah satu dosa besar, mereka berbangga dengan mengupload gambar mereka bersama botol air kencing setan itu tanpa berasa malu. pada aku , mereka telah mendedahkan kejahilan diri mereka . Bagi 1 dunia melihat mereka sebagai orang yang telah terpesong jauh, tetapi masih ada jalan taubat.

Photobucket
Air yang dibanggakan oleh masyarakat sonsang yang gemarkan hiburan di kota2 besar

Photobucket
tiap2 kali keluar drama di tv, mesti tempat club yang agak terkenal di BUkit bintang ini ditunjukkan di kaca televisyen

Photobucket
Melaka Club house???? Bagus MBMB buat duit gune hasil haram~

Photobucket
CLub yang agak femes kot.. penuh dengan gejala2 tidak sihat

Photobucket
Dalam club macam2 boleh jadi.. bermulanya masalah remaja bermula dari tempat2 macam ni

Photobucket
Photobucket
Diharapkan dapat dibuka pintu hati taubat bagi mereka~~ sebelum terlambat - Amin~~