Jumaat, 27 Mei 2011

Bab 50 : Most expensive Burger that i've eat~

Separuh perjalanan ....~~~

dah tak mampu nak habiskan.

T_T




bertempat di Mid Valley Megamall, Bangsar
Carl's Jr.. inilah berger yang boleh dikatakan mahal jugak ar..
2 orang makan RM46.43. Aku pesan Burger Smoke Chillies ... Double cheese and beef...
nampak tebal sangat.. =D




Khamis, 12 Mei 2011

Bab 49 : Review Filem KONGSI, Hari Pertama Tayangan


Aku pegi tgk cite ny pada hari pertama tayangan pada 12.5.2011
aku tertarik pada movie ni kerana trailer yang agak lawak.. ada sense of humor..
pada pendapat aku, movie ny maybe lagi lawak dari Adnan Sempit
but pada aku agak ada kekurangan..

tayangan pada pukul 12.20PM agak penuh.. sebab hari pertama tayangan kot
dan tiket berharga rm7.

jika dihapuskan flashback dan hubungan antara TUMULaK dan ASP Shariff xda
maybe akan lebih menarik.
terlampau muak dengan flashback yang membosankan dan tidak membantu
perkembangan cerita.

Prop dan stunt

semua lokasi dalam filem ni di KL. Tapi bila ada scene fighting di Petaling street,
nampak tak neutral kerana
  1. Pengunjung semua memandang watak utama
  2. keadaan tempat yang tidak sesak seperti selalu
  3. apabila scene kejar mengejar antara Tumulak dan Olla, bergaduh di tepi jalan besar, mengapa dia tak memanggil pasukan bantuan?? takkan buat tinjauan seorang diri tanpa sebarang bantuan?? macam tak lojik kan...
  4. scene dorang fighting dan pengunjung petaling street berkumpul di tepi2 jalan, kenapa scop kamera x dialihkan kepada fighting sahaja?? pada aku pengungjung tuh hanya membuatkan scene tu tak logik
  5. Stunt yang dilakukan Olla pabila terjun dari bumbung petaling street macam pelik.. nanti pabila korang tgk macam ada tersangkut kat wayar..dan apabila tumulak jatuh dari bumbung tu je tempat tu clear, dan orang ramai memerhati sahaja... hurmm...>

Scene Balai polis
Hanya dirakamkan dalam bilik siasatan, bilik meeting, dan di depan balai polis..
agak bosan.. seperti aku tengok cite gerak khas lak..hahaha
dan bahasanya agak sama@bahasa baku apabila Olla memberi laporan kepada
ASP Shariff.. agak pelik.. tolong ar ubah supaya jadi seperti biasa.. bukan dibuat2...

Kejar mengejar oleh Polis

Aku agak kehairanan , macam mana Tumulak dapat kete drift tu... tiba2 aje ..
padahal dia takda sesiapa kat KL.. agaknya bos dia kat THailand bagi saguhati kat dia
kete drift kot..hahaha =D
apabila aku tengok scene pelanggaran polis dgn kereta drift tu aku da tau kereta peronda polis
@MPV tak sesuai untuk kejar mengejar... kerana bila dah rempuh, bumper pecah,,
ape salahnya polis pakai grill besi macam gambar di bawah ny...

Photobucket

Photobucket

kan boleh menjimatkan duit rakyat bila merempuh kete penjenayah..
takda ar ashik2 masuk bengkel kasi masuk bumper baru..hu3


Senjata

kalau korang tgk dalam movie ni Tumulak pakai sniper kn???
padahal senjata yang dia pakai tu adalah MG atau Machine gun ...
cuma diletakkan skop nampak macam sniper...
but bagi aku yang agak tahu pasal senjata tu agak pelik ar.. machine gun jadi sniper..
agak ada unsur lawak di situ..hu3
Photobucket


Sehingga di sini aje coretan aku kali ni.. kalo agak2 ada yang meluat baca posting aku ni sorry ar..
sebab aku pasti malaysia boleh mengeluarkan filem berkualiti macam negara
jiran yang lain macam thailand dan hong kong~~
adioOS~~~ =D