DAh pukul 10 pagi.. setelah dah lama merayau2 di pasar karat,
cari makan bermula.. dari pasar karat untuk ke
tempat nasi vanggey yg terkenal di ipoh tak dalah jauh.. dalam 3 minit
bergantung pada keadaan trafik =)
kedai ny menghidangkan sejenis makanan yang dinamakan
nasi kandar ayam merah @ nasi Vanggey
Kedai ny terletak betul2 selepas bulatan istana menghala bandar ipoh,
cari je nama Jalan Yang Kalsom, mesti jumpa kedai ny
kedai ny kedai chinese tetapi disewakan kepada mamak untuk jual
nasi kandar, tuan kedai hidang air, mamak jual makanan..hu3
tiap2 kali lunch hour pasti ramai akan beratur di luar kedai..
time aku pegi tuh pagi2.. ..
tak ramai sangat.. kedai agak lengang..
Nasi Vanggey Ipoh~!!
Selesai makan.
aku tambah nasi sampai 4 kali.. fuh memang sedap tak terkata..
tapi harga sepinggan
Nasi + Ayam merah + Sayur Bendi + Kuah Kari best + Timun +telur Masin
= Rm 5..
pada aku harga tuh berpatutan.. =)
1 ulasan:
halamak bro... semalam kedai kena rush, rupanya depa taruk taik manusia kat periuk... patut kau tambah
uwekkkk
Catat Ulasan