Selasa, 9 Ogos 2011

Bab 52 : Tragedi hitam 5 Ramadan, Kemalangan


Agak lama aku tak update blog ni.. btw terniat lak nak update.. btw aku sebenarnya
sedang recovery from an incident. so skrg dapat MC 5 hari
boleh ar update blog yang agak bersawang... huhuhu
bila aku fikir balik time eksident tempoh hari. agak kelakar...hahaha =D

5 ramadan jatuh pada hari jumaat, ia
itu 5/8/2011
masa tu aku baru lepas menunaikan solat jumaat di masjid depan politeknik
merlimau. aku buat keputusan nak balik hari jumaat untuk ambil album pengantin
yang agak lama untuk disiapkan. dengan harapan boleh belanja my mum coz
that day is her birthday. dengan hantar album tuh dapat ar sikit duit.
lepas aku isi minyak kat BHP merlimau.. aku keluar dan lalu jalan lama untuk balik
ke muar. tak lama lepas tu aku ikut belakang toyota wish ny...
tiba-tiba MPV tuh stop tiba2 dan bagi signal ke kanan. aku nak mengelak
tapi kalau aku ke kiri, ada motosikal... tak masal2 ada kematian.. nak ke kanan ada
incoming traffic.. so dengan tak memakai seat belt.. aku langgar ar belakang toyota wish tuh...

dan maybe dalam masa yang sama aku tekan break tapi gagal nak stop gak.. maybe
jarak yang terlalu dekat. dalam 10
kaki ... hurmm...
yang aku ingat lepak eksident tuh... kepala aku kena kat windscreen....
darah banyak keluar dari kepala aku akibat hentakan kat windscreen tuh...
sampai aku tak nampak. yang kelakarnya.. first thing yang aku fikir adalah
macam mana aku nak ambik test MAtH hari sabtu nanti.. pabila aku
keluar aje dari kete.. aku tgk kete ak dah remuk .....
lagi ar susah hati aku.... masa keluar dari kete tuh aku dah rasa pening kepala semacam
nak jalan pun susah.... aku hampir2 pengsan .. tapi aku cuba berjalan.... ramai
orang kampung yang lihat kejadian tuh. lain masa aku sambung balik....

1 ulasan:

Pixel Media Creative berkata...

len kali baca doa naek kenderaan..kan da kene