Rabu, 12 Oktober 2011

Bab 55 : Resipi memasak Meat Ball Spaggeti yang paling senang untuk orang bujang macam saya =D

Bagi yang malas nak masak tapi nak makan italian food, makanan ny adalah yang paling mudah untuk korang masak, iaitu spaggeti meat ball =)...


BAHAN YANG DIPERLUKAN untuk membuat meat ball =)

  • Daging cincang - 500gm ( boleh didapati di supermarket, pakai brand saudi or ramly pon ley)
  • Daun Basil - 4 helai ( dicincang) 
  • Serbuk Oregano- 1 sudu makan
  • Rempah Rosemary - 1 sudu makan
  • Sos Mustard - 1 sudu makan
  • rempah lada hitam yang ditumbuk halus - 1 sudu makan
  • biskut jacob cream - 8keping dihancurkan

bahan di atas ny hendaklah diuli sebati sampai membentuk doh.. lepas tuh bentuk menjadi bebola daging =)

BAHAN UNTUK SOS SPAGGETI 


  • Sos Prego botol kecil 
  • parmesan cheese (taburkan semasa dihidangkan )
  • cendawan butang - 1 tin
  • cili boh - 2 sudu makan ( jika nak pedas, tambah ikut sesedap rasa) 
  • bawang putih & bawang merah - 3 ulas ( dicincang halus untuk ditumis)\
Untuk bahan2 di atas,boleh la di masak sekali dalam kuali , dalam 10 minit, masukkan meat ball yang telah digrill dan spaggeti ke dalam kuali =)

inilah hasilnya... masakan orang bujang macam saya =D


sos spaggeti dan meat ball dimasukkan ke dalam kuali
menunggu spaggeti masak

Inilah hasilnya ... masakan orang bujang =D



dibentuk menjadi bola daging

Tiada ulasan: